Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan
pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata
kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari
kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks
pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang
berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama.
Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah
enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua:
direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini,
sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya
Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang
‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh
pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin
pencarian.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah,
pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan
oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui
perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul
maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.
Contoh
Enjin Pencarian
Baidu
|
www.baidu.com
|
Yahoo
|
www.yahoo.com
|
Google
|
www.google.com
|
Bing
|
www.bing.com
|
Ask
|
www.ask.com
|
No comments:
Post a Comment