Wednesday 28 January 2015

Tugasan 2

Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik.
Sila simpan bahan dalam bentuk:
Fail Internet
1.       Jati diri
2.       Patriotisme
3.       Kewarganegaraan
4.       Lagu kemerdekaan (Di sini lahirnya sebuah cinta)
5.       video perpaduan



            Katolog Internet
Tajuk  1
Program Latihan Khidmat Negara
URL

Sinopsis
Kepentingan Program Latihan Khidmat Negara


Tajuk 2
Semangat Patriotik
URL
Sinopsis         
Langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotic dalam kalangan masyarakat

Tajuk 3
Sejarah kemerdekaan
URL
Sinopsis
Tarikh-tarikh penting bagi pembentukan Malaysia

Sunday 18 January 2015

Tugasan 1

Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencarian.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Contoh Enjin Pencarian
Baidu
www.baidu.com
Yahoo
www.yahoo.com
Google
www.google.com
Bing
www.bing.com
Ask
www.ask.com