Sunday 26 April 2015

Tugasan 10

PENGENALAN
Memasukkan unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:

BENTUK-BENTUK VIDEO

·         Analog
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)

·         Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan. 

·         Audio
Audiomerupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.  Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio. Kita perlu membuat penilaian/keputusan yang tepat tentang bahan audiovisual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan bahan audiovisual perlulah memenuhi kriteria berikut:

i. Kandungan maklumat

• Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan

ii. Carrier/kandungan

• mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat kandungannya dan kehilangan maklumat yang paling minimum.

iii. Nilai estetika kandungannya

• Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat pengguna

iv. Kualiti

• Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.

v. Kelangsungan hayat

• Bahan yang dibina mampu bertahan lama da n mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang.


vi. Pendokumentasian

• Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audiovisual.

Prinsip pembinaan video pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

I.penggunaan elemen teks
II.penggunaan elemen grafik dan visual
III.penggunaan elemen audio
IV.penggunaan elemen video
V.Penggunaan elemen animasi
Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
• Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
• Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
• Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
• Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
• Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
iii. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.
vi. Hanya maklumat penting yang diisi di dalam grafik ini.


MENGGUNAKAN PERISIAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR, BERTUTUR DAN MEMBACA
Perisian Audio
• Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
• Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows)
• Menyediakan kemudahan - merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan : 
( i ) Penentuan peringkat pengajaran
(i i) Kemahiran bahasa

( i ) Penentuan peringkat pengajaran
 Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio. 
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu: 



Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

( ii ) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari iti kerana ianya tidak relevan. 

MENENTUKAN PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO :

 

PENGGUNAAN ELEMEN TEKS
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
· Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat. 
· Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. 
· Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai 
· Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan 
kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan. 
· Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain. 

PENGGUNAAN ELEMEN GRAFIK DAN VISUAL
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak 
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
· Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi 
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. 
· Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan 
dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat 
dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia 
boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 

PENGGUNAAN ELEMEN AUDIO
-Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 
- Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


PANDUAN MEGGUNAKAN ELEMEN VIDEO
·         Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling  dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. 
·         Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para  pengguna dengan lebih nyata.

PANDUAN MENGGUNAKAN ELEMEN ANIMASI
·         Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. 
·         Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. 
·         Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membina bahan audio dan video,
antaranya ialah :
 

(i) Membina bahan video

Langkah 1 dan 2

 

Langkah 3

 

Langkah 4

 

Langkah 5

 

MEMBINA BAHAN AUDIO
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
 
Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.
      i.        VIDEO
Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

     ii.        MPG
Bermaksud Motion Pictures Expert  Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan  VCD.

    iii.        AVI (Audio Video Interleave )
Bermaksud Video for Windows. Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun  1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.

   iv.        MOV
Merupakan format video untuk perisian  Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer  Company.

    v.        Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF



AUDIO
·         Audio/ bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
·         Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
·         Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
·         Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan
·         Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:

      i.        AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.

     ii.        MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

    iii.        MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
Format yang boleh diterima pakai diseluruh  dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

   iv.        SND/Sound
Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

    v.        WAVE/ WAV
Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

   vi.        SUN AUDIO/ AU
Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.

  vii.        MPEG (Moving Picture Experts Group)
Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik  melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

 viii.        Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2

Video saya saya hasilkan ini adalah untuk mengajar set induksi.

Tugasan 9

Tajuk 9: Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman:


Pengenalan
  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
Apakah itu mengedit bahan atas Talian?
Mengedit bahan di atas talian bermaksud kita menggunakan perisian yang terdapat dalam internet
Prosedur pengeditan

Langkah-langkahnya Mengedit Bahan atas Talian Mengguna Brochuremaker ialah:

Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
Langkah 8
Langkah 9 ( langkah akhir)

Thursday 23 April 2015

Tugasan 8

Minggu 8 - Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian



Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya. 
Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan


Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)